Tips Dan Info Kesihatan Wanita daripada Tipswanita.com untuk panduan dan rujukan semua. Namun begitu anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk sebarang masalah kesihatan anda.
Thursday, October 5, 2006
Tiroid kerap serang wanita
Kehilangan berat badan, sukar tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah serta sensitif tiada kaitan dengan tekanan
JIKA berat badan berkurangan walaupun pengambilan makanan tidak berkurang tentu menimbulkan kebimbangan. Apatah lagi kehilangan berat badan berserta dengan kesukaran tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah dan emosi yang sensitif.
Kebanyakan mereka yang berhadapan simptom ini akan mengaitkannya dengan cuaca, tekanan di tempat kerja, tekanan dalam perhubungan dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, tanpa anda sedar semua simptom itu adalah petanda masalah tiroid yang dikenali sebagai hyperthyroidism - penghasilan hormon tiroid yang berlebihan.
Hyperthyroidism bukanlah satu-satunya masalah yang membabitkan tiroid. Biasanya tiroid dibahagikan kepada tiga lagi kategori, hypothyroidism (penghasilan hormon tiroid yang sedikit), penyakit tiroid bukan barah (benign) dan barah tiroid.
Pakar Perunding Perubatan dan Endocrinologi, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Mazidah Mohd Zin, berkata kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid. Dua hormon penting adalah tetraiodothyronine (thyroxine atau T4) dan triiodothyronine (T3). Hormon ini penting untuk kehidupan dan ia mempengaruhi metabolisme tubuh, pertumbuhan dan pembesaran.
“Penyakit tiroid terjadi apabila kelenjar tiroid tidak membekalkan jumlah hormon yang diperlukan tubuh. Jika tiroid terlalu aktif, ia akan membebaskan terlalu banyak hormon tiroid ke dalam salur darah menyebabkan terjadinya hyperthyroidism. Ia akan menyebabkan badan menggunakan tenaga lebih banyak dari yang sepatutnya dan aktiviti kimia (metabolisme) dalam sel bertambah laju,” katanya.
Tiroid yang tidak aktif akan menghasilkan hormon tiroid yang sedikit menyebabkan terjadinya hypothyroidism. Apabila sejumlah hormon dibebaskan dalam salur darah di bawah paras normal, badan menggunakan tenaga lebih perlahan dan sel metabolisme akan menurun.
Menurut Yayasan Tiroid Canada, kira-kira 200 juta penduduk dunia berhadapan penyakit tiroid. Penyakit tiroid dalam beberapa keadaan boleh dirawat tetapi penyakit tiroid yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada bahagian tubuh yang lain.
Penyakit tiroid lebih cenderung menyerang wanita. Malah ia juga adalah masalah endocrinologi yang kedua kerap ditemui ketika hamil. Dianggarkan ia terjadi pada 0.2 peratus kehamilan.
Satu lagi penyakit tiroid yang biasa menyerang dikenali sebagai ‘Goiter’ atau beguk. Beguk boleh dilihat dalam kes membabitkan hyperthyroidism yang memperlihatkan tiroid membesarkan disebabkan stimulasi kelenjar oleh sistem imun yang pelbagai fungsi. Dalam kes membabitkan hypothyroidism, ia membesarkan sebagai cubaan bahagian badan untuk menghasilkan hormon mencukupi bagi mengganti kerosakan yang disebabkan penyakit ini.
Nodules (nodul atau bintil) satu lagi masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit tiroid. Ia membabitkan satu bahagian yang membengkak atau benjol. Biasa terjadi pada wanita yang berusia. Nodul tiroid ini kebanyakannya bersifat bukan barah (benign) tetapi sebahagiannya barah.
Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita muda dan dalam lingkungan usia pertengahan. Alasan yang menyebabkan kecenderungan ini sangat kompleks dan tidak difahami sepenuhnya. Begitupun, dipercayai estrogen berperanan dalam membangunkan sifat auto imun kepada tiroid secara umumnya.
Gejala Hypothyroidism
# Denyutan jantung yang perlahan
# Otot yang lemah dan kerap pening
# Sensitif pada cuaca sejuk
# Proses mental yang perlahan dan daya ingatan yang kurang
# Sembelit
# Beguk
Info beguk dan tirod
# Kelenjar tiroid terletak di pangkal leher pada kedua bahagian bawah tengkorok (larynx) dan bahagian bawah trakea (batang tengkorok). Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroid sebagai tindak balas stimulasi hormon dari kelenjar pituitari (kelenjar yang terletak di pangkal otak, mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan).Hormon tiroid bertindak di seluruh tubuh untuk menstabilkan metabolisme bukan saja pada manusia tetapi juga haiwan.
# Beguk dan penyakit tiroid yang lain kadang kala terjadi disebabkan iodin yang sedikit dalam diet. Ketika zaman Greek purba, makanan laut yang kaya iodin dimakan sebagai mengubati masalah kelenjar tiroid yang membengkak. Pada 1811, ahli kimia Perancis, Courtois mengenal pasti iodin yang kemudiannya digunakan dalam merawat masalah tiroid pada 1821.
# Pada 1922, Suruhanjaya Beguk Swiss memperkenalkan program pertama menambah iodin dalam garam untuk mencegah beguk di Switzerland.
Monday, August 28, 2006
Eloe Vera Atau Lidah Buaya
Eloe Vera merupakan tumbuhan berbentuk seperti lidah yang berduri-duri dahan. Bangsa Melayu memanggilnya lidah buaya walaupun ia berbentuk seperti kektus. Sebenarnya lidah buaya dari keluarga lily seperti bawang merah dan bawang putih.
Lidah buaya atau eloe vera menjadi bahan untuk perubatan pelbagai bangsa zaman berzaman. Pada zaman mesir purba ia digunakan sebagai bahan untuk kekal muda. Bangsa melayu pula menggunakan lidah buaya sebagai bahan perubatan kepada luka-luka terbakar.
Bahagian yang paling penting bagi lidah buaya atau eloe vera ini adalah gel jernih yang terdapat di dalamnya. Gel ini dikatakan sangat berkhasiat dan mempunyai nilai-nilai perubatan. FDA di Amerika Syarikat turut meluluskan gel ini sebagai pemakanan tambahan.
Proses pengasingan gel lidah buaya ini perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya getah yang didapati pada bahagian yang keras hijau tidak bercampur dengan gelnya. Getah ini tidak sesuai untuk mereka yang alah padanya dan tidak mempunyai nilai-nilai perubatan.
Adalah penting untuk mengekalkan kesegaran gel lidah buaya. Selepas ia dikeluarkan gel ini perlu disimpan sejuk dalam masa empat jam supaya bahan aktifnya terus kekal.
Gel lidah buaya ini boleh digunakan untuk perubatan luar seperti luka dan kesan akibat melecur terbakar. Selain itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.
Gel lidah buaya turut digunakan bagi rawatan masalah perut seperti irritable bowel syndrome. Penyakit ini biasanya dialami pada perut yang tanda-tandanya adalah seperti kurang hadam, angin dalam perut, sakit bawah pinggang, kepenatan, muntah, sakit perut dan angin.
Pemakanan tambahan gel lidah buaya atau eloe vera ini dikatakan dapat melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh mengurangkan kesakitan dalam perut, menghilangkan ketidak selesaan, hilangkan rasa penuh dan membuang angin. Gel ini turut membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam perut.
Untuk masyarakat kita sendiri, gel aloe vera atau lidah buaya ini merupakan pemakanan untuk awet muda. Ia dikatakan dapat membantu membersihkan dan membenteras asid dan racun dalam badan. Ia turut dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada faraj dan keputihan. Selain itu ia dapat membantu membetulkan peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.
Sama ada ia digunakan untuk rawatan luar pada kulit atau dimakan untuk masalah kesihatan atau penjagaan kesihatan pastikan menggunakan gel lidah buaya yang dijamin penghasilannya dan ia bebas dari getah pokok itu sendiri.
Dapatkan produk gel aloe vera atau lidah buaya dari farmasi atau jenama yang dipercayai.
Rujukan
What I need to know about Irritable Bowel Syndrome
http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/ibs_ez/
Aloe Vera
http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera
Lidah Buaya
http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/LidahBuaya.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lidah_buaya
Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php
Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/lidahbuaya.php
Thursday, August 17, 2006
Turunkan Kadar Gula Bagi Penyakit Kencing Manis
Amalan makan buah peria (Bitter melon) setiap hari dapatkan mengurangkan tahap glukosa dalam darah. Oleh kerana rasanya yang pahit adalah elok ia dimasak sebagai lauk dan pelbagaikan jenis masakan.
Terdapat produk kesihatan hasil perahan buah peria. antaranya
http://www.ins-enterprise.com/ins/upload/file/n12-7/insupro.html
Dapatkan maklumat melalui farmasi yang berdekatan untuk sebarang produk kesihatan berasaskan peria, bitter melon atau Momordica charantia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria
Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/mengatasi-rasa-pahit-buah-peria.html
Wanita Sihat http://sihat.wanita.us/
Thursday, July 27, 2006
Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C (Bahagian I)
Artikel di Internet : http://sihat.wanita.us/hepatitis.php
Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)
Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C. [Baca lagi....]
Thursday, June 22, 2006
Aphrodisiac : Pemakanan Meningkatkan Seks
Selama beberapa abad, pelbagai makanan dan herba telah dikenal pasti mampu meningkatkan labido atau keinginan seks.

Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan ini. Ia kaya dengan zink, zat galian perlu bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.

Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yang membuat ‘rasa gembira’ yang meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan berfikiran positif.

Koko dalam coklat turut mengandungi methylxanthines yang bertindak meningkatkan sensitif tubuh. Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut. Satu lagi kimia dalam coklat adalah phenythlylamine. Kimia semula jadi ini akan membuat anda yang makan coklat sedikit khayal umpama dilamun cinta.

Selain coklat dan tiram ada beberapa lagi makanan yang boleh dianggap sebagai aphrodisiac. Bawang putih misalnya, ia dikatakan boleh memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan labido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin. ‘Panas’ bawang putih dikatakan dapat menaikkan keinginan seks bagi lelaki dan wanita.

Cili yang kaya dengan vitamin C dikatakan dapat melancarkan edaran darah yang dapat membantu dalam hubungan seks. Edaran darah yang baik penting dalam mengekalkan rangsangan seks lelaki dan wanita. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual dan akan menyebabkan batang menegang bagi lelaki dan wanita menjadi berahi. Namun begitu, makanlah pedas awal supaya pedas di mulut dapat hilang.
Berita baik untuk lelaki. Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko barah prostat.
Terdapat beberapa lagi makanan yang dikatakan sebagai makanan aphrodisiac. Antaranya ialah lobak merah, pisang, kacang basil, almond, avacado, asparagus, madu, nanas, strawberi dan rasberi.
Bagi mengekalkan rangsangan seks, penjagaan kesihatan itu penting. Alat kelamin lelaki dan wanita perlukan khasiat yang secukupnya. Pastikan anda amalkan lima hidangan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan gula dan garam. Senaman yang selalu dan minum air kosong secukupnya.
Ambil makanan tambahan seperti multivitamin, zink, vitamin C dan B Kompleks dan beberapa herba yang dapat meningkatkan aliran darah dan paras testosteron. Antara yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan rangsangan syahwat adalah epemedium, tongkat ali, tribulus dan maca.
Yang penting dapatkan nasihat doktor kepada sebarang permasalahan kesihatan anda. Artikel ini adalah untuk pengetahuan am sahaja.
Sidang Pengarang Wanita Is Us
http://groups.google.com/group/tipswanita
http://www.wanita.us/
http://groups.yahoo.com/group/tipswanita
----
Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di
http://dating.wanita.us/
Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik
http://groups.google.com/group/tipswanita
Atau hantarkan email kosong kepada
tipswanita-subscribe@googlegroups.com
This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.
Wednesday, June 7, 2006
Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Kedua)
Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Kedua)
Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot
Suatu peristiwa didapati lebih diingati apabila kadar ardelin meningkat dalam badan. Perkara ini dikaji melalui temu duga pengkaji di England dengan pegawai-pegawai bomba berpengalaman dan mereka bertugas dalam keadaan cemas. Pengalaman adalah ingatan hasil satu perkara yang kita sentiasa lakukan. Hasilnya kita menjadi mahir, lebih peka dengan butir-butir apa yang dilakukan dan lebih peka kepada sebarang perubahan dan kelainan. Dengan pengalaman ini pegawai-pegawai bomba membuat keputusan yang dapat menyelamatkan nyawa.
Bagi kita, petua mudah bagi meningkatkan kadar ardelin adalah dengan mandi air sejuk. Peningkatan kadar ardelin akibat mandi air sejuk pasti akan membuat kita cepat ingat.
Senaman turut meningkatkan kadar ardelin. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama paling kurang 30 minit setiap jangka masa senaman.
Ingatan juga dapat ditingkatkan dengan mengaitkan apa yang mahu kita ingat dengan peristiwa dalam hidup. Nombor adalah antara perkara yang susah diingat. Pecahkan nombor yang panjang dan kaitkan pecahan itu dengan peristiwa dalam hidup kita.
Terdapat juga kajian, warna dapat membantu ingatan. Menulis nota dengan pen yang pelbagai warna akan lebih membantu dalam mengingatkan nota itu semula. Bezakan fakta atau kenyataan dengan warna yang berlainan. Digalakkan untuk menulis semula gambar rajah atau gambar yang perlu diingat dengan mewarnakan setiap bahagian gambar rajah dengan warna yang berlainan. Sebab itu kita melihat kanak-kanak yang rajin mewarna gambar yang ada kaitan dengan angka dan objek akan lebih cepat ingat daripada menyuruhnya menghafal.
Kini didapati banyak buku-buku mewarna untuk golongan dewasa. Buku mewarna yang dibuat khusus untuk bidang seperti perubatan dan jurutera. Pelajar yang mengambil jurusan perubatan terutamanya perlu mengingat pelbagai bahagian badan dan lebih merumitkan ia perlu diingat dalam nama saintifik. Mewarna gambar rajah anggota badan yang sudah dilabelkan membantu mereka mengingatkan nama anggota tersebut.
Keazaman dan mengulang kaji atau membuat latihan berulang akan memudahkan lagi otak untuk mengingat.
Secara ringkasnya, untuk mendapat daya ingatan yang baik, kesihatan dan pemakanan perlu dijaga. Pengambilan pemakanan tambahan seperti minyak ikan dapat membantu. Begitu juga dengan tidur yang cukup dan selesa. Mandi air sejuk, senaman dan mengaitkan sesuatu yang mahu kita ingat kepada peristiwa hidup kita juga dapat membantu. Jangan lupa warna dan usaha mencatat, melukis dalam pelbagai warna akan turut membantu meningkatkan ingatan.
Ikuti bahagian pertama di http://tipswanitasihat.blogspot
http://groups.google.com/group
Sidang Pengarang Wanita Is Us
http://groups.google.com/group
http://www.wanita.us/
http://groups.yahoo.com/group
http://sihat.wanita.us/
Friday, June 2, 2006
Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Pertama)
Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.
Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang tetap.
Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan. Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3 gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung. Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.
Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.
Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan otak ia turut merosakkan hati.
Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam. Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan. Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam keadaan gelap.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12 jam kemudian sebelum mereka tidur.
Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah dipelajari sebelum tidur.
Ikuti bahagian ke dua di http://sihat.wanita.us/ atau langgani Email terhad Tipswanita. http://groups.google.com/group/tipswanita Atau hantarkan email kosong kepada tipswanita-subscribe@googlegroups.com