Artikel ini di Internet
Tubuh badan kita sentiasa dimasuki toksin sama ada melalui pemakanan dan udara. Toksin adalah bahan kimia dan semula jadi yang boleh mendatangkan mudarat kepada badan manusia. Malah hasil buangan badan kita sendiri adalah sisa toksin yang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada badan seberapa segera.
Toksin yang berkumpul ini boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Pada awalnya sedikit namun bila ia kian berkumpul dengan banyak sehingga langkah penyingkiran sewajarnya dilakukan.
Terdapat beberapa organ yang menjalankan fungsi penyingkiran toksin ini. Antaranya adalah hati, buah pinggan dan usus. Kesihatan organ-organ ini penting untuk memastikan toksin yang berkumpul dibuang dengan sewajarnya.
Tubuh badan yang melakukan nyah toksin dengan baik dan berkesan akan mempunyai kulit yang sihat, pergerakan usus besar (bowel) yang lancar dan kerap dan sistem penghadaman yang lebih baik. Anda juga akan dapat memberikan lebih tumpuan dan jelas pemikiran.
Proses detox atau nyah toksin melibatkan proses mengembalikan semula keberkesanan organ-organ pembersih badan. Hati, buah pinggang dan usus yang sihat akan memastikan toksin dan bahan buangan dibawa keluar dengan cepat dan berkesan.
Usus merupakan bahagian yang penting dalam kesihatan. Umpama pepatah Cina, banyak penyakit bermula dari perut.
Toksin yang berada di dalam perut akan mengganggu dan menghalang fungsi usus dalam menyerap pelbagai khasiat makanan. Proses penghadaman akan terganggu akibat kerosakan pada usus oleh toksin yang tidak di nyah buang dalam perut. Sehinggalah toksin ini di nyah daripada perut maka ia sentiasa beredar dan berkumpul dalam usus.
Sistem pembuangan ketulan najis yang baik adalah bila kita melakukan ia sekurangnya sehari sekali, namun yang sebaiknya adalah setiap 16 jam. Menahannya umpama kita membiarkan sisa toksin sentiasa ada dalam perut. Bayangkan simpanan sisa toksin dalam badan yang tidak dibuang berhari-hari. Apakah akibatnya kepada tubuh manusia?
Buah-buahan seperti betik dan pisang akan memudahkan pergerakan najis dalam usus besar. Ketulan yang lembut akan lebih mudah dibuang dan pergerakan usus besar akan lebih dirangsang untuk membuangnya setiap hari.
Berhenti makan sebelum rasa hendak kenyang. Ini akan banyak membantu proses penghadaman.
Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt yang mempunyai bakteria baik (Probiotic) akan menyihatkan kesihatan usus. Pengambilan yogurt dengan kerap akan meningkat kandungan bakteria baik ini dan ia boleh mengatasi jumlah bakteria jahat. Dengan ini ia akan memastikan toksin hasil bakteria jahat dikawal dan dikurangkan. Pemakanan yogurt juga dapat membantu proses penghadaman dan proses membuang ketulan. Perut yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan sistem pertahanan badan.
Terdapat juga kajian yang mendapati pengambilan Yogurt oleh wanita sebanyak dua bekas kecil atau 250gm setiap hari membantu mengekalkan flora faraj wanita. Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan dapat dihindarkan. Punca bau biasanya disebabkan oleh sejenis yis (fungus Candida Albicans) yang perlu dalam faraj namun tidak boleh berlebihan.
Makan sayur-sayuran segar dapat meningkatkan pengambilan fiber. Fiber membantu dan memudahkan proses penghadaman. Selain daripada itu fiber bertindak sebagai pencuci usus, menyerap dan membawa keluar toksin. Pengambilan fiber yang dipelbagaikan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak lima hidangan sebesar tapak tangan dapat mencegah kanser usus dan meningkatkan tahap kesihatan.
Minumlah banyak air sekurang lapan gelas sehari. Air perlu dalam membantu buah pinggang membuat proses penyingkiran sisa toksin dalam badan. Aliran toksin dalam darah dapat dibuang dengan cepat hasil pengambilan air yang mencukupi. Banyak masalah kesihatan dapat diatasi hasil mengambil air dalam jumlah yang disarankan. Air tawar yang bersih dan dari sumber semula jadi perlu diambil selalu. Ia akan membantu dalam keseimbangan air dalam badan di samping mengandungi bahan galian yang perlu untuk badan.
Petua jangan minum air sewaktu makan dan hanya minum air dua minit selepas makan adalah amalan yang baik. Selain petua ini untuk mengelakkan perut buncit, amalan ini membantu proses penyerapan air ke dalam badan.
Senamanlah sekurangnya tiga kali seminggu selama sejam. Senaman merupakan langkah penjagaan kesihatan yang terbaik. Senaman kerap dan sederhana dapat mengelakkan penyakit jantung, reput tulang dan menjadikan badan sihat untuk melawan penyakit.
Tekanan yang tidak dikawal turut menjadi punca gangguan kepada sistem penghadaman. Ambil langkah yang wajar untuk mengurangkan tekanan. Adakan jadual hidup yang teratur dan senaman adalah antara langkah yang boleh diambil.
Pengambilan makanan tambahan turut membantu dalam proses pembuangan sisa toksin dalam badan. Pilihlah jenama yang sudah dikenali dan dipercayai kerana terdapat banyak produk di pasaran. Dapatkan nasihat pakar farmasi setiap kali membeli sesuatu daripada farmasi.
Amaran kepada wanita mengandung. Mengambil herba atau sebarang pemakanan untuk tujuan membuang toksin badan adalah satu risiko yang tinggi dan perlu dielakkan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat, herba dan makanan tambahan.
Maklumat dalam artikel ini hanyalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang masalah kesihatan.
Sidang Pengarang Wanita Is Us dan Tipswanita.com
10 Mei 2006
----
Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di
Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik
Atau hantarkan email kosong kepada
tipswanita-subscribe@googlegroups.com
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.
No comments:
Post a Comment