Wednesday, February 7, 2007

Panduan Penjagaan Kanta Lekap

Panduan Penjagaan Kanta Lekap

Ini adalah panduan asas kepada penggunaan dan penjagaan kata lekap agar tidak timbul masalah-masalah yang boleh mudaratkan mata. Setiap kali menggunakan kanta lekap tanya soalan-soalan ini :-

Adakah mata anda merasa selesa?
Adakah mata anda dalam keadaan baik?
Adakah mata anda boleh melihat dengan baik?

Jika dalam keraguan, tanggalkan kata lekap dengan segera dan dapatkan perhatian doktor.

Panduan dan petua asas :-

Bersihkan, cuci, bilas dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kata lekap. Digalakkan menggunakan sabun pencuci tangan pembunuh kuman dan pastikan tangan dibilas bersih dan kering.

Potong kuku anda. Kuku panjang menyimpan pelbagai kuman, bakteria dan virus dibawahnya. Gunakan hujung jari bila mengendalikan kanta lekap. Elakkan penggunaan kuku atau alatan yang tajam.

Jangan sesekali mencuci kata lekap dengan air biasa kerana ia antara punca bakteria. Gunakan cecair pencuci kata lekap (multi-purpose solutions atau MPS) yang bersesuaian dan disyorkan. Ia perlu mematuhi standard FDA/ISO dan tidak menimbulkan masalah kepada "Corneal epithelium", dinding perlindungan kornea mata.

Cuci dan keringkan dengan udara tempat simpanan kanta lekap setiap hari selepas memakai kanta lekap di mata. Gunakan MPS dan jangan bertangguh. Amat penting memastikan tempat simpanan kanta lekap sentiasa dibersihkan dan dikeringkan apabila tidak digunakan. Ini untuk mengelakkan bakteria dan kulat halus membiak.

Tukarkan cecair MPS dalam tempat simpanan kata lekap setiap hari.

Setiap kali kata lekap ditanggalkan ia perlu dibersihkan, dibilas dan dinyah kuman sebelum kanta lekap digunakan semula. Tempat simpanan kanta lekap perlu ditukarkan berdasarkan saranan pengeluar. Cadangan penukaran setiap tiga bulan yang mana paling awal.

Jangan gunakan kanta lekap terlalu lama. Kanta lekap akan kering dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ketahui jangka masa pemakaian kanta lekap anda.

Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang pengambilan ubat. Ini disebabkan ada jenis-jenis ubat yang boleh menyebabkan kegatalan mata atau kekaburan.

Lekapkan kata lekap sebelum memakai bahan kecantikan dan elakkan semburan seperti pewangi atau semburan rambut berdekatan mata kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Pastikan anda mematuhi langkah-langkah berikut :-

- Basuh, bilas dan keringkan tangan sebelum menyentuh kanta lekap. Biasakan diri menanggalkan kanta lekap dengan sebelah mata yang serupa agar tidak timbul kekeliruan.

- Letakkan kanta lekap diatas telapak tangan yang telah dicuci bersih. Titiskan sekurang-kurangnya tiga titisan pada permukaan setiap kanta lekap.

- Gosokkan dalam bentuk pusingan bulat dengan hujung jari kanta lekap sekurangnya selama sepuluh saat.

- Kemudian pegang antara dua jari pada permukaan kanta lekap, biasanya ibu jari dan jari tengah. Alirkan MPS pada kanta lekap sambil ia digosok lembut dengan dua-dua jari sekurangnya untuk sepuluh saat. Ini adalah bertujuan untuk membersih dan membilas kedua-dua permukaan kanta lekap. Lakukan kepada kedua-dua kanta lekap.

- Letakkan setiap kanta lekap dalam bekas simpanan yang telah bersih dan kering sebelumnya.

- Penuhkan bekas pada sebelah dengan cecair MPS yang baru. Tutupkan dengan kemas dengan penutup barulah isikan cecair MPS pada sebelah yang satu lagi dan tutup dengan kemas.

- Kanta lekap perlu direndam dalam MPS sekurangnya untuk empat jam. Selepas masa rendaman yang disyorkan barulah ia bersih, dinyah kuman dan sedia untuk digunakan. Kanta lekap boleh direndam semalaman. Sebelum pemakaian, bilas dengan PMS sebelum melekap ia ke mata.

- Buang MPS yang berlebihan dalam bekas simpanan kanta lekap, bersihkan dan bilas dengan MPS dan biarkan ia terbuka untuk dikering udara. Jadikan ia satu kebiasaan apabila selesai melekapkan kanta lekap kepada mata.

Jadikan amalan-amalan ini satu kebiasaan. Dapatkan pemeriksaan doktor mata setiap tahun ada sebarang masalah atau tidak. Jangan gunakan kanta lekap jika ada tanda-tanda kelainan pada mata dan sediakan cermin mata setiap masa sebagai pengganti.

Sumber, olahan dan rujukan

Buku panduan kecil oleh CIBA Vision - A Guide To Good Lenswear and care Habits.
Ezyhealth & Beauty - Aug 2006 - No Broken wall.

Food For Eye Health
http://productsweused.blogspot.com/2007/02/food-for-eye-health.html

Artikel Sebelum ini :

Kenapa Anda Perlukan Coklat
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html

Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html

No Cigarette Is Safe
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/01/no-cigarette-is-safe.html

Perkara Yang wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

Seks Yang Baik Melegakan Stress
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/01/seks-yang-baik-melegakan-stress.html

Lain-lain Tips dan artikel

http://tipswanitasihat.blogspot.com/
http://tamanwangi.blogspot.com/
http://tipswanita.blogspot.com/
http://jaringanmalaysia.blogspot.com/
http://productsweused.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

05 Feb 2007

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/deed.ms

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/
http://groups.google.com/group/tipswanita

---

Blog Wanita Melayu

This blog is written by Wanita Melayu to share information and knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information with wanita melayu just visit all the links below.

Sunday, February 4, 2007

Multivitamin Daripada Alam

Multivitamin Daripada Alam

Banyak kajian telah menunjukan pengambilan permakanan tambahan boleh meningkatkan taraf kesihatan individu. Perkara ini disebabkan jenis-jenis makanan yang diambil kurang zat-zat yang diperlukan oleh badan atau berlebihan perkara yang tidak perlu banyak seperti gula, garam dan lemak.

Zaman moden ini dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang zat boleh menyebabkan badan dahagakan zat-zat yang perlu dalam memastikan badan terus berfungsi dengan baik.

Spirulina merupa sejenis tumbuhan satu sel yang kaya dengan pelbagai vitamin dan zat galian. Sprirulina dipercayai adalah photosynthetic yang pertama wujud lebih daripada 3.6 billion tahun yang dahulu.

Spirulina dikatakan makanan yang kaya dan lengkap secara semula jadi hasil daripad alam. Ia kaya dengan multivitamin, zat galian dan pelbagai khasiat bertumpu pada satu tumbuhan berbanding dengan jenis makanan, tumbuhan dan herba yang lain.

Spirulina 100 kali lebih Betacarotene berbanding betik, 50 kali lebih zat besi berbanding bayam, 10 kali lebih kalsium berbanding susu, 5 hinga 30 kali lebih chlorophyll berbanding rumput alfafa atau wheat grass. Spirulina turut mengandungi protein tumbuhan yang 65 ke 71 peratus lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

Dalam membeli Spirulina pastikan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai. Sumber Spirulina perlu datang daripada kawasan air yang bersih bebas daripada pencemaran. Pengeluar juga perlu menguji Spirulina yang dibungkus bebas daripada sebarang toksin dan pencemaran.

Isi kandungan Spirulina perlu bebas daripada sebarang pelekat makanan, isian kosong, pewarna, tambahan bau, penahan lama dan gelatin haiwan.

Spirulina boleh dimakan mengikut sukatan atau lebih, malah jika Spirulina dimakan sehingga kenyang, Spirulina tidak merbahaya. Ia merupakan sejenis tumbuhan. antara penggunaan Spirulina selain :-

3 Gram Spirulina digunakan dalam pengawalan berat badan dan kesihatan umum. Malah sukatan 5 Gram Spirulina telah berjaya digunakan sebagai rawatan pemulihan kepada mangsa kemalangan nuklear Chernobyl yang lemah sistem pertahan badan.

Spirulina begitu sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, kanak-kanak dan orang tua.

Antara produk Spirulina yang kami gunakan.

http://productsweused.blogspot.com/2007/01/nn-bio-spirulina-250mg.html

Artikel menarik yang lain

Jimat Penggunaan Minyak Kereta
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/jimat-penggunaan-minyak-kereta.html

Google Adsense untuk wanita
http://www.wanita.us/adsense.php

Apa Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html


Sidang Pengarang Wanita Dot Us.
http://www.wanita.us/tipswanita.php

04Feb2007

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

tipswanita-subscribe@googlegroups.com

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Sunday, December 24, 2006

Beritahulah. Kanser Pangkal Rahim Disebabkan Oleh Virus Jenis Biasa

Beritahulah. Kanser Pangkal Rahim Disebabkan Oleh Virus Jenis Biasa

Virus ini dipanggil Human papillomavirus (HPV) dan berjuta orang mempunyainya. Ramai wanita tidak mengetahui dijangkiti HPV dan ia bukan satu masalah untuk wanita yang berusia sahaja. Ada beberapa jenis HPV boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim.

http://en.wikipedia.org/wiki/Papillomavirus

Bagi ramai wanita virus ini akan hilang dengan sendiri tetapi bagi yang tidak, kanser pangkal rahim boleh terjadi. Hanya ujian Pap Smear dapat mengesannya. Tanyalah doktor anda mengenai ujian Pap Smear.

Sebarlah email ini kepada rakan-rakan wanita anda. Sekarang anda telah tahu kanser pangkal rahim disebabkan oleh virus. Beritahulah.


Kanser Pangkal Rahim boleh dikesan dan diatasi daripada awal.

Penjagaan kesihatan bahagian sulit adalah penting. Sama ada lelaki atau wanita, kebersihan bahagian ini perlu dijaga. Bagi wanita terdapat pelbagai produk mencuci bahagian sulit terdapat dipasaran.

Produk perlulah sedikit berasid sekitar PH 3.5. Secara semulajadi faraj wanita menghasilkan asid laktik yang berfungsi untuk melindungi persekitaran faraj.

Bagi lelaki. Digalakkan mencuci dengan pencuci yang sama seperti wanita. Walaupun sabun yang mengandungi pembunuh kuman dan bakteria banyak dipasaran, produk pencuci alat sulit khusus adalah bersesuaian.

Rujukan

Lawat laman berguna ini dan sampaikan ecard mengenai Cervical Cancer.

http://tell-someone.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/Cervical_cancer

http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah_pangkal_rahim

Artikel Sebelum ini :

Panduan Beli Peti Ais
http://portal.tipswanita.com/beli-petisejuk.php

Bahagian G-Spot wanita
http://portal.tipswanita.com/kamasutra/gspot.php

Jimat Minyak Petrol
http://portal.tipswanita.com/jimat-minyak-petrol.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://portal.tipswanita.com/tipswanita.php


24Dis2006

Artikel baru 29Dis2009
http://untukwanita.noorjannah.com/2009/12/beritahulah-kanser-pangkal-rahim.html

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/
http://tipswanita.blogspot.com/

--- Iklan

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://portal.tipswanita.com/adsense-wanita.php

Thursday, October 5, 2006

Tiroid kerap serang wanita

Oleh Hafizah Iszahanid

Kehilangan berat badan, sukar tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah serta sensitif tiada kaitan dengan tekanan


JIKA berat badan berkurangan walaupun pengambilan makanan tidak berkurang tentu menimbulkan kebimbangan. Apatah lagi kehilangan berat badan berserta dengan kesukaran tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah dan emosi yang sensitif.

Kebanyakan mereka yang berhadapan simptom ini akan mengaitkannya dengan cuaca, tekanan di tempat kerja, tekanan dalam perhubungan dan pelbagai lagi.

Sebenarnya, tanpa anda sedar semua simptom itu adalah petanda masalah tiroid yang dikenali sebagai hyperthyroidism - penghasilan hormon tiroid yang berlebihan.

Hyperthyroidism bukanlah satu-satunya masalah yang membabitkan tiroid. Biasanya tiroid dibahagikan kepada tiga lagi kategori, hypothyroidism (penghasilan hormon tiroid yang sedikit), penyakit tiroid bukan barah (benign) dan barah tiroid.

Pakar Perunding Perubatan dan Endocrinologi, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Mazidah Mohd Zin, berkata kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid. Dua hormon penting adalah tetraiodothyronine (thyroxine atau T4) dan triiodothyronine (T3). Hormon ini penting untuk kehidupan dan ia mempengaruhi metabolisme tubuh, pertumbuhan dan pembesaran.

“Penyakit tiroid terjadi apabila kelenjar tiroid tidak membekalkan jumlah hormon yang diperlukan tubuh. Jika tiroid terlalu aktif, ia akan membebaskan terlalu banyak hormon tiroid ke dalam salur darah menyebabkan terjadinya hyperthyroidism. Ia akan menyebabkan badan menggunakan tenaga lebih banyak dari yang sepatutnya dan aktiviti kimia (metabolisme) dalam sel bertambah laju,” katanya.

Tiroid yang tidak aktif akan menghasilkan hormon tiroid yang sedikit menyebabkan terjadinya hypothyroidism. Apabila sejumlah hormon dibebaskan dalam salur darah di bawah paras normal, badan menggunakan tenaga lebih perlahan dan sel metabolisme akan menurun.

Menurut Yayasan Tiroid Canada, kira-kira 200 juta penduduk dunia berhadapan penyakit tiroid. Penyakit tiroid dalam beberapa keadaan boleh dirawat tetapi penyakit tiroid yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada bahagian tubuh yang lain.

Penyakit tiroid lebih cenderung menyerang wanita. Malah ia juga adalah masalah endocrinologi yang kedua kerap ditemui ketika hamil. Dianggarkan ia terjadi pada 0.2 peratus kehamilan.

Satu lagi penyakit tiroid yang biasa menyerang dikenali sebagai ‘Goiter’ atau beguk. Beguk boleh dilihat dalam kes membabitkan hyperthyroidism yang memperlihatkan tiroid membesarkan disebabkan stimulasi kelenjar oleh sistem imun yang pelbagai fungsi. Dalam kes membabitkan hypothyroidism, ia membesarkan sebagai cubaan bahagian badan untuk menghasilkan hormon mencukupi bagi mengganti kerosakan yang disebabkan penyakit ini.

Nodules (nodul atau bintil) satu lagi masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit tiroid. Ia membabitkan satu bahagian yang membengkak atau benjol. Biasa terjadi pada wanita yang berusia. Nodul tiroid ini kebanyakannya bersifat bukan barah (benign) tetapi sebahagiannya barah.

Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita muda dan dalam lingkungan usia pertengahan. Alasan yang menyebabkan kecenderungan ini sangat kompleks dan tidak difahami sepenuhnya. Begitupun, dipercayai estrogen berperanan dalam membangunkan sifat auto imun kepada tiroid secara umumnya.

Gejala Hypothyroidism

# Denyutan jantung yang perlahan

# Otot yang lemah dan kerap pening

# Sensitif pada cuaca sejuk

# Proses mental yang perlahan dan daya ingatan yang kurang

# Sembelit

# Beguk


Info beguk dan tirod

# Kelenjar tiroid terletak di pangkal leher pada kedua bahagian bawah tengkorok (larynx) dan bahagian bawah trakea (batang tengkorok). Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroid sebagai tindak balas stimulasi hormon dari kelenjar pituitari (kelenjar yang terletak di pangkal otak, mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan).Hormon tiroid bertindak di seluruh tubuh untuk menstabilkan metabolisme bukan saja pada manusia tetapi juga haiwan.

# Beguk dan penyakit tiroid yang lain kadang kala terjadi disebabkan iodin yang sedikit dalam diet. Ketika zaman Greek purba, makanan laut yang kaya iodin dimakan sebagai mengubati masalah kelenjar tiroid yang membengkak. Pada 1811, ahli kimia Perancis, Courtois mengenal pasti iodin yang kemudiannya digunakan dalam merawat masalah tiroid pada 1821.

# Pada 1922, Suruhanjaya Beguk Swiss memperkenalkan program pertama menambah iodin dalam garam untuk mencegah beguk di Switzerland.

Monday, August 28, 2006

Eloe Vera Atau Lidah Buaya

Eloe Vera Atau Lidah Buaya

Eloe Vera merupakan tumbuhan berbentuk seperti lidah yang berduri-duri dahan. Bangsa Melayu memanggilnya lidah buaya walaupun ia berbentuk seperti kektus. Sebenarnya lidah buaya dari keluarga lily seperti bawang merah dan bawang putih.

Lidah buaya atau eloe vera menjadi bahan untuk perubatan pelbagai bangsa zaman berzaman. Pada zaman mesir purba ia digunakan sebagai bahan untuk kekal muda. Bangsa melayu pula menggunakan lidah buaya sebagai bahan perubatan kepada luka-luka terbakar.

Bahagian yang paling penting bagi lidah buaya atau eloe vera ini adalah gel jernih yang terdapat di dalamnya. Gel ini dikatakan sangat berkhasiat dan mempunyai nilai-nilai perubatan. FDA di Amerika Syarikat turut meluluskan gel ini sebagai pemakanan tambahan.

Proses pengasingan gel lidah buaya ini perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya getah yang didapati pada bahagian yang keras hijau tidak bercampur dengan gelnya. Getah ini tidak sesuai untuk mereka yang alah padanya dan tidak mempunyai nilai-nilai perubatan.

Adalah penting untuk mengekalkan kesegaran gel lidah buaya. Selepas ia dikeluarkan gel ini perlu disimpan sejuk dalam masa empat jam supaya bahan aktifnya terus kekal.

Gel lidah buaya ini boleh digunakan untuk perubatan luar seperti luka dan kesan akibat melecur terbakar. Selain itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.

Gel lidah buaya turut digunakan bagi rawatan masalah perut seperti irritable bowel syndrome. Penyakit ini biasanya dialami pada perut yang tanda-tandanya adalah seperti kurang hadam, angin dalam perut, sakit bawah pinggang, kepenatan, muntah, sakit perut dan angin.

Pemakanan tambahan gel lidah buaya atau eloe vera ini dikatakan dapat melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh mengurangkan kesakitan dalam perut, menghilangkan ketidak selesaan, hilangkan rasa penuh dan membuang angin. Gel ini turut membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam perut.

Untuk masyarakat kita sendiri, gel aloe vera atau lidah buaya ini merupakan pemakanan untuk awet muda. Ia dikatakan dapat membantu membersihkan dan membenteras asid dan racun dalam badan. Ia turut dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada faraj dan keputihan. Selain itu ia dapat membantu membetulkan peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.

Sama ada ia digunakan untuk rawatan luar pada kulit atau dimakan untuk masalah kesihatan atau penjagaan kesihatan pastikan menggunakan gel lidah buaya yang dijamin penghasilannya dan ia bebas dari getah pokok itu sendiri.

Dapatkan produk gel aloe vera atau lidah buaya dari farmasi atau jenama yang dipercayai.

Rujukan
What I need to know about Irritable Bowel Syndrome

http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/ibs_ez/

Aloe Vera

http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera

Lidah Buaya

http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/LidahBuaya.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lidah_buaya

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

Artikel ini di Internet

http://sihat.wanita.us/lidahbuaya.php

Thursday, August 17, 2006

Turunkan Kadar Gula Bagi Penyakit Kencing Manis

Turunkan Kadar Gula Bagi Penyakit Kencing Manis

Amalan makan buah peria (Bitter melon) setiap hari dapatkan mengurangkan tahap glukosa dalam darah. Oleh kerana rasanya yang pahit adalah elok ia dimasak sebagai lauk dan pelbagaikan jenis masakan.

Terdapat produk kesihatan hasil perahan buah peria. antaranya
http://www.ins-enterprise.com/ins/upload/file/n12-7/insupro.html

Dapatkan maklumat melalui farmasi yang berdekatan untuk sebarang produk kesihatan berasaskan peria, bitter melon atau Momordica charantia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria


Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/mengatasi-rasa-pahit-buah-peria.html

Wanita Sihat http://sihat.wanita.us/

Thursday, July 27, 2006

Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C (Bahagian I)

Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C (Bahagian I)

Artikel di Internet : http://sihat.wanita.us/hepatitis.php

Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)

Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C. [Baca lagi....]