Kesan Menjadi Tua Terhadap Lelaki Dan Andropause
Adakah anda lelaki yang berperut buncit, bertambah berat badan dan kurang nafsu seks? Bacalah seterusnya...
Lelaki mencapai tahap hormon seks lelaki ini sekitar umur 30 tahun dan menurun selepas itu. Jika anda lelaki berusia antara 40 tahun hingga 60 tahun, kesan pengurangan Testosterone, hormon seks lelaki akan lebih ketara.
Hormon Testosterone dihasilkan oleh testis dan "adrenal glands". Hormon ini mempengaruhi seluruh tubuh badan dan pembentukan tubuh dan sifat lelaki. kesan hormon testosterone secara umum akan meningkatkan kesan libido atau kepuasan seks yang tinggi untuk lelaki, meningkatkan mood yang baik, menambah dan menguatkan otot, pembesaran zakar sewaktu remaja, pengekalan keras batang zakar, penghasil sperma, perkembangan prostate dan fungsinya, penumbuhan bulu badan dan rambut dan ciri-ciri lelaki.
Penurunan penghasilan Testosterone akan menyebabkan perubahan kepada kesan-kesan yang sepatutnya diberikan oleh hormon ini. Permikiran bercelaru , tenaga menyusut, kurang kehendak seks, mati pucuk dan kekuatan fizikal akan menurun, dan ini memberikan kesan yang besar kepada kesihatan badan secara keseluruhan.
Adalah dipercayai hampir satu pertiga masalah mati pucuk disebabkan oleh masalah fizikal akibat usia lelaki meningkat. Adalah diketahui kesan meningkatnya usia, boleh menyebabkan salur darah ateri yang membekalkan darah ke zakar rosak dan menyebabkan mati pucuk. Perkara seperti ini memerlukan khidmat nasihat doktor.
Mati Pucuk - Erectile Dysfunction
http://tamanwangi.blogspot.com/2006/06/mati-pucuk-erectile-dysfunction.html
Perkara paling nyata adalah lelaki menjadi semakin buncit dan bertambah berat badan. Ini akibat kurangnya pembakaran tenaga dan kurangnya aktiviti hasil penurunan kekuatan fizikal.
Keadaan ini turut dipanggil Andropause. Andropause mempunyai kesan yang bercampur-campur dengan perkara lain seperti stres dan tekanan emosi. Namun ia sepatut dipandang serius terutama bagi lelaki dalam lingkungan umur 40 tahun hingga 60 tahun. Seorang dalam dua orang lelaki mempunyai tanda-tanda andropause dan ia tidak dirawati. Rawatan penggantian Testosterone boleh mengubah keadaan menjadi lebih baik.
Rawatan penggantian hormon Testosterone merupakan antara langkah-langkah lelaki yang menghadapi Andropause namun begitu penjagaan kesihatan secara umum perlu diutamakan.
Senaman yang bersesuaian dengan peringkat usia adalah penting bagi penjagaan kesihatan. Disamping menghilangkan lemak-lemak yang berkumpul hasil pengurangan hormon Testosterone, senaman turut meningkatkan rasa sihat dan cergas.
Senaman Untuk Lelaki
http://kamasutra.wanita.us/senaman-harimau.php
Permakanan yang sihat perlu diambil berat. Kurangkan gula, lemak dan garam. Gula selain risiko kencing manis, ianya dengan nilai kalori yang tinggi boleh menambah berat badan. Lemak boleh menjadi punca salur darah pada jantung menjadi sempit. Garam adalah risiko kepada darah tinggi.
Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari selain sebagai keperluan badan, ada kajian mendapati pengambilan air yang cukup dalam sehari dapat membakar lemak.
Bayangkan begini. Satu sudu gula memberikan nilai sekitar 300 kalori. Ia memerlukan larian lima kilometer untuk membakar kalori sebanyak ini. Mana lagi mudah untuk dilakukan, mengurangkan pengambilan gula atau untuk berlari lima kilometer.
Makanlah sayur-sayuran buah-buahan dan pelbagaikan jenis yang hendak dimakan. Terdapat phyto nutrasi yang tidak dapat dibekalkan daripada pengambilan makanan tambahan. Pengambilan sayur-sayuran turut meningkatkan pengambilan fiber yang mengurangkan risiko kanser colon.
Fiber Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan
http://www.wanita.us/articles/fiber.php
Pengambilan makanan tambahan seperti multivitamin dan herba-herba tertentu perlu diambil untuk mencukupkan khasiat-khasiat tertentu.
Kalsium juga adalah perlu kerana semakin meningkat usia, kurangnya penyerapan kalsium oleh tulang turut dirasai oleh lelaki.
Spirulina dan Chlorella adalah antara multivitamin daripada alam yang boleh diambil sebagai pengganti kepada multivitamin jenis lain. Spirulina dan Chlorella membekalkan khasiat dan nutrasi yang mudah diserap oleh badan. Pengambilan yang banyak tidak mendatangkan kesan kerana Spirulina dan Chlorella merupakan bahan makanan. Kesan pengambilan terlalu banyak, adalah hanya merasa kenyang.
Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html
dan Chlorella
http://productsweused.blogspot.com/2007/01/yaeyama-chlorella.html
Tumpuan penjagaan kesihatan adalah penting. Rawatan penggantian testosterone perlu dijadikan pilihan. Dapatkan nasihat doktor mengenai rawatan penggantian testosterone yang sesuai.
Tongkat Ali merupakan pilihan daripada alam semula jadi bagi mereka yang mahu mencuba herba-herba dan tumbuhan daripada alam. Khasiat daripada tongkat ali dikatakan dapat meningkatkan semula penghasilan testosterone.
Baca lanjut tentang Tongkat Ali di
Tongkat Ali ( Eurycoma Longifolia Jack )
http://tamanwangi.blogspot.com/2006/06/tongkat-ali-eurycoma-longifolia-jack.html
Tahukah anda, bagi wanita yang kurang bernafsu dalam seks, pengambilan tongkat ali dapat membaiki keadaan.
Saw Palmetto adalah antara herba yang didapati membantu dalam kesihatan prostate. Kesihatan prostate penting kerana semakin berumur seorang lelaki, prostate adakala membengkak dan ini menimbulkan masalah sewaktu buang air kecil. Saw Palmetto didapati membantu mengurangkan masalah ini.
Usia meningkat turut mengurangkan daya ingatan seseorang. Petua paling mudah adalah rajin membaca buku bahan-bahan ilmiah bersesuaian dengan minat anda. Membaca buku menggalakkan otak berfikir dan ia umpama senaman kepada otak.
Buat sesuatu aktiviti melibatkan otak, lain daripada kebiasaan adalah antara perkara yang boleh meningkatkan dan mengekalkan keupayaan otak. Diantaranya kegiatan menulis untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Adalah lebih baik jika ia menjadi blog di Internet dan anda boleh mendapatkan hasil daripadanya.
Dapatkan Wang Hasil Penulisan Dengan Google Adsense
http://www.wanita.us/adsense.php
Iklan AdBrite Sebagai Sumber Wang
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/iklan-adbrite-sebagai-sumber-wang.html
Kajian turut mendapati tidur diwaktu tengah hari tidak lebih 25 minit dapat menghilangkan rasa keletihan mental, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan semula daya penumpuan. Amalan tidur sekejap, adalah baik diamalkan terutama bagi yang sudah berusia, keletihan mental dan stes cepat kesannya terhadap badan. Ingat ya, 25 minit sahaja.
Selain daripada itu pengambilan Gingko Biloba dapat membaiki edaran darah dan membolehkan otak mendapat lebih oksigen dan khasiat. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil Gingko Biloba atau beritahu doktor sebelum pembedahan atau rawatan gigi.
Food For Brain Health
http://productsweused.blogspot.com/2007/02/food-for-brain-health.html
Selain Gingko Biloba, pengambilan minyak ikan turut dikatakan dapat meningkatkan keupayaan otak dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
Selain daripada persoalan mati pucuk dan rawatan penggantian testosterone, perkara-perkara lain boleh dijadikan amalan oleh wanita. Senaman, mengutamakan sayur-sayuran, fiber, pengambilan kalsium tambahan, Spirulina dan Chlorella, minum cukup air, kurangkan gula, kurangkan garam, kurangkan makanan berminyak dan pengambilan minyak ikan antara perkara yang seorang wanita boleh amalkan untuk kesihatan secara keseluruhan.
Nasihat doktor adalah penting. Dapatkan nasihat doktor atas apa jua masalah yang anda hadapi.
---
Artikel menarik yang lain
Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/dimalukan-dengan-gambar-lucah-sendiri.html
Kenapa Anda Perlukan Coklat
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html
Bermain Saham Dan Forex Dengan Alexa Ranking
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/bermain-saham-dan-forex-alexa-ranking.html
---
Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan kepada
tipswanita @ gmail.com
---
Sidang Pengarang Wanita Dot Us.
http://www.wanita.us/tipswanita.php
18Feb2007
Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik
http://groups.google.com/group/tipswanita
Atau hantarkan email kosong kepada
tipswanita-subscribe@googlegroups.com
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.
---
This blog is written by Wanita Melayu to share information and knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information with wanita melayu just visit all the links below.
http://tipswanitasihat.blogspot.com/
http://tamanwangi.blogspot.com/
http://tipswanita.blogspot.com/
http://jaringanmalaysia.blogspot.com/
http://productsweused.blogspot.com/
http://datingwanita.blogspot.com/
Love you all from Wanita Melayu.

No comments:
Post a Comment