Thursday, September 22, 2011

Mengetahui Hari Subur Wanita

Mengetahui hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :-

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.

(2) Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.

(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita. Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita.

Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat ya. Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

Berahikan Atau Gairahkan Pasangan Anda
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/06/berahikan-atau-gairahkan-pasangan-anda.html

http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

Hari yang selamat untuk melepaskan mani didalam adalah selepas hari ke 17 sehingga haid pertama berikutnya. Ini adalah fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Penerangan diatas adalah untuk pusingan haid 28 hari.

*** Untuk pusingan haid 32 hari. Kiraan adalah seperti berikut. ***

Telur dijangka keluar hari ke 18.

Hari selamat fasa sebelum keluar telur. Adalah hari pertama sehinggalah hari ke sebelas.

(18 tolak 7 = 11 :- 18 hari keluar telur. 7 adalah jangka masa hidup sperma dalam wanita). Hari ke sebelas adalah hari perlu berhati-hati, pakailah kondom sekiranya tidak mahu wanita mengandung.

Fasa subur adalah bermula dari hari 12 sehingga hari 20. Waktu paling sesuai untuk peluang mengandung yang tinggi adalah hari ke 18 dan 19.

Hari selamat fasa sebelum haid berikutnya adalah hari ke 21 sehinggalah hari 32 atau datang haid berikutnya.

Lakukan kiraan seperti diatas bagi pusingan haid dengan jangka masa yang berlainan. Yang paling penting menentukan hari keluar telur wanita iaitu 14 hari sebelum jangka haid berikutnya.

Wanita dinasihatkan menyimpan rekod datang haid pertama setiap bulan bagi memastikan jangkaan hari keluar telur dan subur dapat ditentukan.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan yang betul.

*** Kiraan Kalendar Untuk Merancang Keluarga ***

Sekira pasangan mahu menggunakan cara kiraan bagi merancang keluarga. Simpanan maklumat haid isteri selama 6 bulan perlu diketahui. Fakta bahawa pusingan haid wanita tidak tetap perlu diambil kira.

Untuk menentukan hari pertama subur bagi fasa subur maka

Dapatkan pusingan haid yang paling pendek dalam catatan 6 bulan pusingan haid. Sebagai contoh ada pusingan haid mengambil masa hanya 27 hari sahaja. Tolakan dengan 18 hari maka mendapat hari ke 9.

Untuk mendapatkan permulaan hari bagi fasa tidak subur sebelum haid berikutnya. Dapatkan pusingan haid paling lama. Contohnya 31 hari. Maka tolakan dengan 11 hari. Maka hari permulaan bagi fasa tidak subur sebelum haid adalah hari ke 20.

Diringkaskan.

Hari pertama datang haid hingga hari ke lapan merupakan fasa tidak subur pertama. (Hari 7 dan 8 merupakan hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandungkan isteri).

Hari 9 hingga 20 merupakan hari-hari memboleh wanita mengandung atau fasa subur wanita. (hari 13 hingga 18 adalah jangkaan hari-hari keluar telur. Masa-masa yang sesuai untuk suami isteri untuk mendapatkan anak).

Lelaki perlu menjaga kesihatan diri untuk memastikan sperma yang kuat bertahan dalam faraj wanita bagi jangka masa diatas. Adalah penting hubungan seks jika mahu isteri mengandung perlulah romantik dan mencapai berahi yang tinggi bagi kedua-dua pasangan.

Menikmati Seks Yang Romantik
http://blog.perempuanmelayu.info/2007/07/menikmati-seks-yang-romantik.html

hari 21 keatas adalah hari selamat untuk melepaskan mani dalam faraj wanita atau fasa tidak subur sebelum datang haid berikutnya.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan dan cara yang betul.

Dapatkan penerangan mengetahui hari subur wanita melalui peningkatan suhu dalam faraj dan cecair faraj dalam artikel berikutnya atau berhubungan dengan

FEDERATION OF FAMILY PLANNING ASSOCIATIONS, MALAYSIA
(Member of International Planned Parenthood Federation)
81 B Jalan 55 15/5A, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-56337514/16/28 Fax: 03-56346638
E-mail: ffpam@ffpam.org.my
Homepage: http://www.ffpam.org.my

Lain-lain artikel menarik

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Elakkan soya jika mahu mengandung
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98

Aromatherapy untuk seks yang memberahikan
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Lingerie Seksi Ghairah Suami Perlukah suami minta ?
http://tamanwangi.blogspot.com/

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

Pelbagai artikel, tips dan nasihat seks di

http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/


Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

09 Ogos 2008
Kemasan : 21 Sep 2011

Publish : 2008-08-18 17:30

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Friday, September 16, 2011

Fiber Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan. Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon cancer).

Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar kelestrol dalam darah.

Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.

Mengapa fiber Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran?

Memudahkan perjalanan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko kanser usus besar. Ketulan lebih mudah dikeluarkan dan pada jangka masa yang sesuai.

Ia membuat perut cepat kenyang dan ini mengurangkan kadar pengambilan makanan yang berlemak. Selain itu fiber yang diserapkan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan satu perkara yang penting dalam mengurang risiko sakit jantung.

Bagi mereka yang menghadapi buasir, fiber membantu melembutkan ketulan yang keluar dan membantu dalam proses penyembuhan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai sumber fiber adalah rendah lemak dan kalori.

Buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang utama. Vitamin C yang tidak disimpan dalam badan dan mudah musnah jika dimasak penting dalam kesihatan sistem pertahanan badan. Adalah baik memngambil vitamin C daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan pelbagaikan.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat galian, fiber dan "pythochemicals" yang menjadi asas kepada sistem pertahanan badan kita. Oleh buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis jenis II dan kanser tertentu.

"Pythochemicals" biasanya berkait dengan warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah kandungan "phytochemical" dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain dalam proses pertahanan badan.

Jumlah hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diantara 5 ke 9 hidangan sehari. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam.

Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-

1. Satu potongan betik
2. Satu potongan jambu
3. Dua biji limau manis
4. Dua potongan nenas
5. Satu mangkuk sayur mentah
6. Dua biji tomato
7. Sebiji oren
8. Pisang kecil
9. Epal saiz sederhana

Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.

Untuk kesihatan yang lebih baik maka makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan fiber, vitamin, zat galian membantu dalam mencegah dan menentang pelbagai penyakit moden.

Sumber Rujukan :-

http://www.5aday.gov/ - Eat 5 to 9 Servings of Fruits and Vegetables A Day for Better Health
Chlorella, nature miraculous gift to mankind - Uniwellness Resources - Buku

First Published on : 2006-05-16 11:14

Membuat wang di Internet?

Wednesday, September 14, 2011

Nyah Toksin Tubuh Anda (Detox Your Body)

Artikel ini di Internet


Tubuh badan kita sentiasa dimasuki toksin sama ada melalui pemakanan dan udara. Toksin adalah bahan kimia dan semula jadi yang boleh mendatangkan mudarat kepada badan manusia. Malah hasil buangan badan kita sendiri adalah sisa toksin yang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada badan seberapa segera.
Toksin yang berkumpul ini boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Pada awalnya sedikit namun bila ia kian berkumpul dengan banyak sehingga langkah penyingkiran sewajarnya dilakukan.

Terdapat beberapa organ yang menjalankan fungsi penyingkiran toksin ini. Antaranya adalah hati, buah pinggan dan usus. Kesihatan organ-organ ini penting untuk memastikan toksin yang berkumpul dibuang dengan sewajarnya.

Tubuh badan yang melakukan nyah toksin dengan baik dan berkesan akan mempunyai kulit yang sihat, pergerakan usus besar (bowel) yang lancar dan kerap dan sistem penghadaman yang lebih baik. Anda juga akan dapat memberikan lebih tumpuan dan jelas pemikiran.

Proses detox atau nyah toksin melibatkan proses mengembalikan semula keberkesanan organ-organ pembersih badan. Hati, buah pinggang dan usus yang sihat akan memastikan toksin dan bahan buangan dibawa keluar dengan cepat dan berkesan.

Usus merupakan bahagian yang penting dalam kesihatan. Umpama pepatah Cina, banyak penyakit bermula dari perut.

Toksin yang berada di dalam perut akan mengganggu dan menghalang fungsi usus dalam menyerap pelbagai khasiat makanan. Proses penghadaman akan terganggu akibat kerosakan pada usus oleh toksin yang tidak di nyah buang dalam perut. Sehinggalah toksin ini di nyah daripada perut maka ia sentiasa beredar dan berkumpul dalam usus.

Sistem pembuangan ketulan najis yang baik adalah bila kita melakukan ia sekurangnya sehari sekali, namun yang sebaiknya adalah setiap 16 jam. Menahannya umpama kita membiarkan sisa toksin sentiasa ada dalam perut. Bayangkan simpanan sisa toksin dalam badan yang tidak dibuang berhari-hari. Apakah akibatnya kepada tubuh manusia?

Buah-buahan seperti betik dan pisang akan memudahkan pergerakan najis dalam usus besar. Ketulan yang lembut akan lebih mudah dibuang dan pergerakan usus besar akan lebih dirangsang untuk membuangnya setiap hari.

Berhenti makan sebelum rasa hendak kenyang. Ini akan banyak membantu proses penghadaman.

Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt yang mempunyai bakteria baik (Probiotic) akan menyihatkan kesihatan usus. Pengambilan yogurt dengan kerap akan meningkat kandungan bakteria baik ini dan ia boleh mengatasi jumlah bakteria jahat. Dengan ini ia akan memastikan toksin hasil bakteria jahat dikawal dan dikurangkan. Pemakanan yogurt juga dapat membantu proses penghadaman dan proses membuang ketulan. Perut yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan sistem pertahanan badan.

Terdapat juga kajian yang mendapati pengambilan Yogurt oleh wanita sebanyak dua bekas kecil atau 250gm setiap hari membantu mengekalkan flora faraj wanita. Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan dapat dihindarkan. Punca bau biasanya disebabkan oleh sejenis yis (fungus Candida Albicans) yang perlu dalam faraj namun tidak boleh berlebihan.

Makan sayur-sayuran segar dapat meningkatkan pengambilan fiber. Fiber membantu dan memudahkan proses penghadaman. Selain daripada itu fiber bertindak sebagai pencuci usus, menyerap dan membawa keluar toksin. Pengambilan fiber yang dipelbagaikan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak lima hidangan sebesar tapak tangan dapat mencegah kanser usus dan meningkatkan tahap kesihatan.

Minumlah banyak air sekurang lapan gelas sehari. Air perlu dalam membantu buah pinggang membuat proses penyingkiran sisa toksin dalam badan. Aliran toksin dalam darah dapat dibuang dengan cepat hasil pengambilan air yang mencukupi. Banyak masalah kesihatan dapat diatasi hasil mengambil air dalam jumlah yang disarankan. Air tawar yang bersih dan dari sumber semula jadi perlu diambil selalu. Ia akan membantu dalam keseimbangan air dalam badan di samping mengandungi bahan galian yang perlu untuk badan.

Petua jangan minum air sewaktu makan dan hanya minum air dua minit selepas makan adalah amalan yang baik. Selain petua ini untuk mengelakkan perut buncit, amalan ini membantu proses penyerapan air ke dalam badan.

Senamanlah sekurangnya tiga kali seminggu selama sejam. Senaman merupakan langkah penjagaan kesihatan yang terbaik. Senaman kerap dan sederhana dapat mengelakkan penyakit jantung, reput tulang dan menjadikan badan sihat untuk melawan penyakit.

Tekanan yang tidak dikawal turut menjadi punca gangguan kepada sistem penghadaman. Ambil langkah yang wajar untuk mengurangkan tekanan. Adakan jadual hidup yang teratur dan senaman adalah antara langkah yang boleh diambil.

Pengambilan makanan tambahan turut membantu dalam proses pembuangan sisa toksin dalam badan. Pilihlah jenama yang sudah dikenali dan dipercayai kerana terdapat banyak produk di pasaran. Dapatkan nasihat pakar farmasi setiap kali membeli sesuatu daripada farmasi.

Amaran kepada wanita mengandung. Mengambil herba atau sebarang pemakanan untuk tujuan membuang toksin badan adalah satu risiko yang tinggi dan perlu dielakkan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat, herba dan makanan tambahan.

Maklumat dalam artikel ini hanyalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang masalah kesihatan.


Sidang Pengarang Wanita Is Us dan Tipswanita.com

10 Mei 2006


----

Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di


Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik


Atau hantarkan email kosong kepada

tipswanita-subscribe@googlegroups.com

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.