Wednesday, May 17, 2006

Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita

Artikel ini di Internet :

http://www.wanita.us/articles/calcium.php


Calcium plays an important role in maintaining bone. Calcium alone
cannot prevent or cure osteoporosis, but it is an important part of an
overall prevention or treatment program.



Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja untuk pembentukan tulang malah pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan fungsinya.

Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan reputan tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan kanak-kanak pula ia membantu dalam pembentukan gigi dan kuku.

Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui pemakanan tenusu seperti susu lembu, yougurt, keju, ais krim, roti dan pelbagai.

Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mencukupi iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di Malaysia mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari peratusannya yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti penduduk Malaysia dalam risiko menghadapi osteoporosis dalam jangka masa dua dekad.

Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor untuk nilaian yang sesuai.

Rujukan
http://www.nof.org/prevention/calcium.htm

Walaupun osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi osteoporosis dua adalah golongan lelaki.

Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi reput dan menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko menghadapi osteoporosis.

Makanan Tambahan Kalsium

Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai Osteoporosis dan bahaya pengambilan kalsium yang tidak mencukupi semakin bertambah. Menyedari hakikat itu semakin ramai mengambil makanan tambahan kalsium.

Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. Beberapa cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium.

1. Ia perlu diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang kecil bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang dicadangkan adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah kerana nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium dimakan bertambah.

2. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.

3. Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan.

Sebelum mengambil apa-apa pemakanan tambahan sila dapatkan nasihat doktor. Artikel di atas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor.

Sumber Rujukan

http://www.nof.org/

Artikel lain

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://www.wanita.us/articles/folic.php

Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox
http://www.wanita.us/firefox.php

Sekian.

No comments:

Post a Comment