Thursday, June 22, 2006

Aphrodisiac : Pemakanan Meningkatkan Seks

Siapa pernah terfikir untuk meningkatkan keinginan seks dengan pemakanan? Terdapat beberapa jenis makanan yang membolehkan anda menikmati seks dengan baik. Makanan ini digolongkan sebagai aphrodisiac.

Selama beberapa abad, pelbagai makanan dan herba telah dikenal pasti mampu meningkatkan labido atau keinginan seks.



Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan ini. Ia kaya dengan zink, zat galian perlu bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.


Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yang membuat ‘rasa gembira’ yang meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan berfikiran positif.


Koko dalam coklat turut mengandungi methylxanthines yang bertindak meningkatkan sensitif tubuh. Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut. Satu lagi kimia dalam coklat adalah phenythlylamine. Kimia semula jadi ini akan membuat anda yang makan coklat sedikit khayal umpama dilamun cinta.


Selain coklat dan tiram ada beberapa lagi makanan yang boleh dianggap sebagai aphrodisiac. Bawang putih misalnya, ia dikatakan boleh memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan labido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin. ‘Panas’ bawang putih dikatakan dapat menaikkan keinginan seks bagi lelaki dan wanita.


Cili yang kaya dengan vitamin C dikatakan dapat melancarkan edaran darah yang dapat membantu dalam hubungan seks. Edaran darah yang baik penting dalam mengekalkan rangsangan seks lelaki dan wanita. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual dan akan menyebabkan batang menegang bagi lelaki dan wanita menjadi berahi. Namun begitu, makanlah pedas awal supaya pedas di mulut dapat hilang.

Berita baik untuk lelaki. Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko barah prostat.

Terdapat beberapa lagi makanan yang dikatakan sebagai makanan aphrodisiac. Antaranya ialah lobak merah, pisang, kacang basil, almond, avacado, asparagus, madu, nanas, strawberi dan rasberi.

Bagi mengekalkan rangsangan seks, penjagaan kesihatan itu penting. Alat kelamin lelaki dan wanita perlukan khasiat yang secukupnya. Pastikan anda amalkan lima hidangan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan gula dan garam. Senaman yang selalu dan minum air kosong secukupnya.

Ambil makanan tambahan seperti multivitamin, zink, vitamin C dan B Kompleks dan beberapa herba yang dapat meningkatkan aliran darah dan paras testosteron. Antara yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan rangsangan syahwat adalah epemedium, tongkat ali, tribulus dan maca.

Yang penting dapatkan nasihat doktor kepada sebarang permasalahan kesihatan anda. Artikel ini adalah untuk pengetahuan am sahaja.

Sidang Pengarang Wanita Is Us

http://groups.google.com/group/tipswanita
http://www.wanita.us/
http://groups.yahoo.com/group/tipswanita

----

Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di

http://dating.wanita.us/

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

tipswanita-subscribe@googlegroups.com

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Wednesday, June 7, 2006

Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Kedua)

Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Kedua)

Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Suatu peristiwa didapati lebih diingati apabila kadar ardelin meningkat dalam badan. Perkara ini dikaji melalui temu duga pengkaji di England dengan pegawai-pegawai bomba berpengalaman dan mereka bertugas dalam keadaan cemas. Pengalaman adalah ingatan hasil satu perkara yang kita sentiasa lakukan. Hasilnya kita menjadi mahir, lebih peka dengan butir-butir apa yang dilakukan dan lebih peka kepada sebarang perubahan dan kelainan. Dengan pengalaman ini pegawai-pegawai bomba membuat keputusan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Bagi kita, petua mudah bagi meningkatkan kadar ardelin adalah dengan mandi air sejuk. Peningkatan kadar ardelin akibat mandi air sejuk pasti akan membuat kita cepat ingat.

Senaman turut meningkatkan kadar ardelin. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama paling kurang 30 minit setiap jangka masa senaman.

Ingatan juga dapat ditingkatkan dengan mengaitkan apa yang mahu kita ingat dengan peristiwa dalam hidup. Nombor adalah antara perkara yang susah diingat. Pecahkan nombor yang panjang dan kaitkan pecahan itu dengan peristiwa dalam hidup kita.

Terdapat juga kajian, warna dapat membantu ingatan. Menulis nota dengan pen yang pelbagai warna akan lebih membantu dalam mengingatkan nota itu semula. Bezakan fakta atau kenyataan dengan warna yang berlainan. Digalakkan untuk menulis semula gambar rajah atau gambar yang perlu diingat dengan mewarnakan setiap bahagian gambar rajah dengan warna yang berlainan. Sebab itu kita melihat kanak-kanak yang rajin mewarna gambar yang ada kaitan dengan angka dan objek akan lebih cepat ingat daripada menyuruhnya menghafal.

Kini didapati banyak buku-buku mewarna untuk golongan dewasa. Buku mewarna yang dibuat khusus untuk bidang seperti perubatan dan jurutera. Pelajar yang mengambil jurusan perubatan terutamanya perlu mengingat pelbagai bahagian badan dan lebih merumitkan ia perlu diingat dalam nama saintifik. Mewarna gambar rajah anggota badan yang sudah dilabelkan membantu mereka mengingatkan nama anggota tersebut.

Keazaman dan mengulang kaji atau membuat latihan berulang akan memudahkan lagi otak untuk mengingat.

Secara ringkasnya, untuk mendapat daya ingatan yang baik, kesihatan dan pemakanan perlu dijaga. Pengambilan pemakanan tambahan seperti minyak ikan dapat membantu. Begitu juga dengan tidur yang cukup dan selesa. Mandi air sejuk, senaman dan mengaitkan sesuatu yang mahu kita ingat kepada peristiwa hidup kita juga dapat membantu. Jangan lupa warna dan usaha mencatat, melukis dalam pelbagai warna akan turut membantu meningkatkan ingatan.

Friday, June 2, 2006

Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Pertama)

Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Pertama)

Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/

Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.

Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang tetap.

Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan. Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3 gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung. Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.

Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.

Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan otak ia turut merosakkan hati.

Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam. Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan. Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam keadaan gelap.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12 jam kemudian sebelum mereka tidur.

Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah dipelajari sebelum tidur.

Ikuti bahagian ke dua di http://sihat.wanita.us/ atau langgani Email terhad Tipswanita. http://groups.google.com/group/tipswanita Atau hantarkan email kosong kepada tipswanita-subscribe@googlegroups.com