Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Pertama)
Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.
Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang tetap.
Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan. Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3 gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung. Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.
Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.
Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan otak ia turut merosakkan hati.
Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam. Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan. Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam keadaan gelap.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12 jam kemudian sebelum mereka tidur.
Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah dipelajari sebelum tidur.
Ikuti bahagian ke dua di http://sihat.wanita.us/ atau langgani Email terhad Tipswanita. http://groups.google.com/group/tipswanita Atau hantarkan email kosong kepada tipswanita-subscribe@googlegroups.com
No comments:
Post a Comment