Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

10 Fakta Tentang Kopi Yang Perlu Anda Tahu

Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.

Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.

1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.

10. Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

Sumber : Mohd Faizal Aziz Editor Majalahsains.com

Tuesday, February 7, 2012

Kenapa Anda Perlukan Coklat

Kenapa Anda Perlukan Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/deed.ms

Saturday, April 2, 2011

Khasiat Dan Kebaikan Telur Ayam

Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat dan najis yang mungkin terpalit.

Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa penggunaan.

Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur adalah dengan hujung tajam ke bawah.

Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata.

Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.

Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur bebas dari bakteria.

Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda boleh lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada dengan tambahan selenium.

Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan.

Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak.

Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia membantu dari segi sistem pertahanan badan.

Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung dalam telur. Ia membantu dalam melindung cel-cel tubuh manusia daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya.

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.

Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ dalam badan. Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kalo seminggu selama 30 minit hingga satu jam setiap sesi.

Maklumat di atas adalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat doktor bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan.

Archive

Women of Malaysia Social Network

Sunday, December 24, 2006

Beritahulah. Kanser Pangkal Rahim Disebabkan Oleh Virus Jenis Biasa

Beritahulah. Kanser Pangkal Rahim Disebabkan Oleh Virus Jenis Biasa

Virus ini dipanggil Human papillomavirus (HPV) dan berjuta orang mempunyainya. Ramai wanita tidak mengetahui dijangkiti HPV dan ia bukan satu masalah untuk wanita yang berusia sahaja. Ada beberapa jenis HPV boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim.

http://en.wikipedia.org/wiki/Papillomavirus

Bagi ramai wanita virus ini akan hilang dengan sendiri tetapi bagi yang tidak, kanser pangkal rahim boleh terjadi. Hanya ujian Pap Smear dapat mengesannya. Tanyalah doktor anda mengenai ujian Pap Smear.

Sebarlah email ini kepada rakan-rakan wanita anda. Sekarang anda telah tahu kanser pangkal rahim disebabkan oleh virus. Beritahulah.


Kanser Pangkal Rahim boleh dikesan dan diatasi daripada awal.

Penjagaan kesihatan bahagian sulit adalah penting. Sama ada lelaki atau wanita, kebersihan bahagian ini perlu dijaga. Bagi wanita terdapat pelbagai produk mencuci bahagian sulit terdapat dipasaran.

Produk perlulah sedikit berasid sekitar PH 3.5. Secara semulajadi faraj wanita menghasilkan asid laktik yang berfungsi untuk melindungi persekitaran faraj.

Bagi lelaki. Digalakkan mencuci dengan pencuci yang sama seperti wanita. Walaupun sabun yang mengandungi pembunuh kuman dan bakteria banyak dipasaran, produk pencuci alat sulit khusus adalah bersesuaian.

Rujukan

Lawat laman berguna ini dan sampaikan ecard mengenai Cervical Cancer.

http://tell-someone.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/Cervical_cancer

http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah_pangkal_rahim

Artikel Sebelum ini :

Panduan Beli Peti Ais
http://portal.tipswanita.com/beli-petisejuk.php

Bahagian G-Spot wanita
http://portal.tipswanita.com/kamasutra/gspot.php

Jimat Minyak Petrol
http://portal.tipswanita.com/jimat-minyak-petrol.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://portal.tipswanita.com/tipswanita.php


24Dis2006

Artikel baru 29Dis2009
http://untukwanita.noorjannah.com/2009/12/beritahulah-kanser-pangkal-rahim.html

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/
http://tipswanita.blogspot.com/

--- Iklan

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://portal.tipswanita.com/adsense-wanita.php